Isnin, 5 September 2016

3 Cara Berbeza Menghilangkan Jerawat Yang Berkesan

Bagaimana cara untuk menghilangkan jerawat? Sekiranya di tanya tidak ada seorang pun yang suka mempunyai jerawat terutamanya di bahagian muka. Kalau boleh, muka hendaklah sentiasa licin. Siapa yang tidak mahu nampak cantik terutamanya orang perempuan. Orang lelaki pun tidak kurangnya ingin sentiasa kelihatan hensem tanpa jerawat. Oleh kerana ingin mengelak daripada adanya jerawat, sesetengah mereka tidak sabar sehingga mengambil keputusan untuk mengupas atau mencungkil jerawat tersebut dan akhirnya meninggalkan kesan parut jerawat atau bintik hitam dimuka. Niat nak hilangkan jerawat tetapi makin teruk jadinya sehingga nampak parut atau bekas jerawat.
Sebab itu, kita hendaklah tahu bagaimana cara hendak menghilangkan jerawat dengan mudah dan berkesan tanpa meninggalkan kesan parut jerawat di muka. Di sini, ingin saya berkongsi 3 cara yang berbeza untuk menghilangkan jerawat.

1) Menghilangkan Jerawat Menggunakan Sumber Alam (Kaedah Tradisional)

Kaedah tradisional ini antara kaedah yang popular yang banyak di amalkan untuk menghilangkan jerawat. Selain itu kaedah tradisional ini tidak melibatkan kos yang besar dan sumbernya boleh di dapati di mana-mana sahaja.

Di antaranya adalah dengan menggunakan lidah buaya di mana lidah buaya itu dikupas kulitnya dan disapukan di bahagian muka yang berjerawat pada setiap pagi dan petang. Selain menggunakan lidah buaya, lemon atau jeruk nipis yang di campur dengan air mawar. Lemon, jeruk nipis ini didapati sangat kaya dengan citric asid yang berkesan untuk memulihkan sel-sel kulit mat yang menyebabkan jerawat.

Selain menggunakan tumbuh-tumbuhan, putih telur juga boleh di gunakan untuk menghilangkan jerawat. Putih telur ini amat berkesan untuk membantu mengurangkan minyak di wajah yang seringkali menyebabkan timbulnya jerawat.

2) Menghilangkan Jerawat Dengan Menggunakan Bahan Kimia (Kaedah Moden)

Penggunaan bahan kimia juga didapati dapat membantu menghilangkan jerawat di muka. Ini kerana salah satu cara untuk memastikan supaya jerawat itu tidak muncul kembali adalah dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkan jerawat.

Di antara bahan-bahan kimia yang selalu digunakan untuk merawati jerawat adalah seperti krim jerawat yang biasa di dapati di pasaran seperti Benzoyl Peroxide. Fungsi Benzoyl Peroxide ini adalah untuk membunuh kuman dan menghilangkan kesan jerawat. Penggunaan krim seperti ini hanya berkesan sekiranya digunakan secara konsisten.

Selain Benzoyl Peroxide, kaedah moden yang boleh di amalkan untuk menghilangkan jerawat adalah dengan menggunaka Accutane. Accutane ini merupakan pil yang sangat kuat dan biasanya di gunakan untuk merawat jerawat batu yang meninggalkan kesan parut atau jerawat yang di dapat dirawat dengan cara yang lain. Namun begitu, penggunaan Accutane ini hanya boleh digunakan atau didapati setelah merujuk dan mendapat nasihat doktor.

3) Menghilangkan Jerawat Dengan Mengamalkan Cara Hidup Yang Sihat

Pengamalan cara hidup yang sihat juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan atau menghilangkan jerawat.Cara ini sangat berkesan kerana amat mudah dilakukan namun memerlukan disiplin dan konsisten dalam melakukannya. Sekiranya seorang itu merasa malas dan tidak berdisiplin maka kaedah ini tidak berkesan.

Tidur yang cukup merupakan salah satu pengamalan cara hidup yang sihat. Berdasarkan kajian yang dijalankan, kulit kita juga memerlukan rehat yang cukup maka tidur yang cukup dan teratur akan membantu kulit itu beregenerasi dan membuang racun-racun yang berbahaya sehingga saat kita bangun pada keesokan harinya dan kulit akan menjadi lebih segar.

Selain tidur yang cukup, mengamalkan makanan seperti sayuran dan buah-buahan juga dapat membantu menghilangkan jerawat. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit. Pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin E terutamanya sangat membantu mencegah atau menghilangkan jerawat.

Terdapat banyak lagi kaedah-kaedah yang lain yang dapat digunakan untuk menghilangkan jerawat dan sekaligus membantu mencegah jerawat daripada tumbuh kembali. Anda boleh memilih salah satu cara yang anda rasakan sesuai untuk anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kita juga boleh mempelajari kaedah atau cara menghilangkan jerawat melalui nasihat pakar atau doktor kulit yang lebih arif dalam menghilangkan jerawat dengan berkesan. Sila Klik Di Sini untuk mengetahui lebih lanjut atau melawati laman web Dr Hasseenah => http://bitly.com/DrHasseenah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NAK HILANGKAN JERAWAT? KLIK GAMBAR DI BAWAH