Isnin, 5 September 2016

3 Cara Berbeza Menghilangkan Jerawat Yang Berkesan

Bagaimana cara untuk menghilangkan jerawat? Sekiranya di tanya tidak ada seorang pun yang suka mempunyai jerawat terutamanya di bahagian muka. Kalau boleh, muka hendaklah sentiasa licin. Siapa yang tidak mahu nampak cantik terutamanya orang perempuan. Orang lelaki pun tidak kurangnya ingin sentiasa kelihatan hensem tanpa jerawat. Oleh kerana ingin mengelak daripada adanya jerawat, sesetengah mereka tidak sabar sehingga mengambil keputusan untuk mengupas atau mencungkil jerawat tersebut dan akhirnya meninggalkan kesan parut jerawat atau bintik hitam dimuka. Niat nak hilangkan jerawat tetapi makin teruk jadinya sehingga nampak parut atau bekas jerawat.
Sebab itu, kita hendaklah tahu bagaimana cara hendak menghilangkan jerawat dengan mudah dan berkesan tanpa meninggalkan kesan parut jerawat di muka. Di sini, ingin saya berkongsi 3 cara yang berbeza untuk menghilangkan jerawat.

1) Menghilangkan Jerawat Menggunakan Sumber Alam (Kaedah Tradisional)

Kaedah tradisional ini antara kaedah yang popular yang banyak di amalkan untuk menghilangkan jerawat. Selain itu kaedah tradisional ini tidak melibatkan kos yang besar dan sumbernya boleh di dapati di mana-mana sahaja.

Di antaranya adalah dengan menggunakan lidah buaya di mana lidah buaya itu dikupas kulitnya dan disapukan di bahagian muka yang berjerawat pada setiap pagi dan petang. Selain menggunakan lidah buaya, lemon atau jeruk nipis yang di campur dengan air mawar. Lemon, jeruk nipis ini didapati sangat kaya dengan citric asid yang berkesan untuk memulihkan sel-sel kulit mat yang menyebabkan jerawat.

Selain menggunakan tumbuh-tumbuhan, putih telur juga boleh di gunakan untuk menghilangkan jerawat. Putih telur ini amat berkesan untuk membantu mengurangkan minyak di wajah yang seringkali menyebabkan timbulnya jerawat.

2) Menghilangkan Jerawat Dengan Menggunakan Bahan Kimia (Kaedah Moden)

Penggunaan bahan kimia juga didapati dapat membantu menghilangkan jerawat di muka. Ini kerana salah satu cara untuk memastikan supaya jerawat itu tidak muncul kembali adalah dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkan jerawat.

Di antara bahan-bahan kimia yang selalu digunakan untuk merawati jerawat adalah seperti krim jerawat yang biasa di dapati di pasaran seperti Benzoyl Peroxide. Fungsi Benzoyl Peroxide ini adalah untuk membunuh kuman dan menghilangkan kesan jerawat. Penggunaan krim seperti ini hanya berkesan sekiranya digunakan secara konsisten.

Selain Benzoyl Peroxide, kaedah moden yang boleh di amalkan untuk menghilangkan jerawat adalah dengan menggunaka Accutane. Accutane ini merupakan pil yang sangat kuat dan biasanya di gunakan untuk merawat jerawat batu yang meninggalkan kesan parut atau jerawat yang di dapat dirawat dengan cara yang lain. Namun begitu, penggunaan Accutane ini hanya boleh digunakan atau didapati setelah merujuk dan mendapat nasihat doktor.

3) Menghilangkan Jerawat Dengan Mengamalkan Cara Hidup Yang Sihat

Pengamalan cara hidup yang sihat juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan atau menghilangkan jerawat.Cara ini sangat berkesan kerana amat mudah dilakukan namun memerlukan disiplin dan konsisten dalam melakukannya. Sekiranya seorang itu merasa malas dan tidak berdisiplin maka kaedah ini tidak berkesan.

Tidur yang cukup merupakan salah satu pengamalan cara hidup yang sihat. Berdasarkan kajian yang dijalankan, kulit kita juga memerlukan rehat yang cukup maka tidur yang cukup dan teratur akan membantu kulit itu beregenerasi dan membuang racun-racun yang berbahaya sehingga saat kita bangun pada keesokan harinya dan kulit akan menjadi lebih segar.

Selain tidur yang cukup, mengamalkan makanan seperti sayuran dan buah-buahan juga dapat membantu menghilangkan jerawat. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit. Pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin E terutamanya sangat membantu mencegah atau menghilangkan jerawat.

Terdapat banyak lagi kaedah-kaedah yang lain yang dapat digunakan untuk menghilangkan jerawat dan sekaligus membantu mencegah jerawat daripada tumbuh kembali. Anda boleh memilih salah satu cara yang anda rasakan sesuai untuk anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kita juga boleh mempelajari kaedah atau cara menghilangkan jerawat melalui nasihat pakar atau doktor kulit yang lebih arif dalam menghilangkan jerawat dengan berkesan. Sila Klik Di Sini untuk mengetahui lebih lanjut atau melawati laman web Dr Hasseenah => http://bitly.com/DrHasseenah




Khamis, 1 September 2016

Punca Jerawat dan Salah Anggap Masyarakat Tentang Kaedah Rawatannya

Artikel dan tips ini adalah daripada Pakar Jerawat Dr Haseenah M.D

Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia.

Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.

Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh, bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.

Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.

Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit.

Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut. Tetapi ramai tersalah anggap yang gejala jerawat berpunca daripada penyakit resdung yang dihidapi oleh kebanyakkan orang. Maaf saya katakan tapi ianya tidak benar sama sekali.

Resdung adalah sejenis alahan yang kebanyakkannya dihidapi secara turun temurun. Simptom penyakit resdung ini menyebabkan hidung, mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat. Resdung terangsang akibat bahan-bahan punca alahan seperti habuk atau bila terdapatnya perubahan cuaca atau suhu di mana hidung akan mula berair, mata dan kulit muka pula akan kegatalan.

Apabila kita menggaru kulit muka kita dengan kuku, barulah ia menjadi punca jerawat, iaitu melalui jangkitan kuman yang dibawa oleh kuku ke atas kulit muka. Maknanya, anda tidak boleh mengubati jerawat dengan melakukan rawatan resdung kerana ia adalah dua penyakit yang berbeza.

Jadi, bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? Selain mengubah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting seperti berada di kawasan berkelembapan tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan juga penggunaan kosmetik yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.

Oleh itu apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka?

  1. Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih. 
  2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat. 
  3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak. 
  4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit. 
  5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk. 
  6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit. 
  7. Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran. Sekiranya anda mengalami masalah jerawat yang serius dan kronik, dapatkan panduan untuk mengubatinya daripada pakar jerawat Dr Haseenah M.D. Klik Di Sini untuk mengetahuinya ==>Pakar Jerawat Dr Haseenah M.D

NAK HILANGKAN JERAWAT? KLIK GAMBAR DI BAWAH