Bagaimana cara untuk menghilangkan jerawat?
Sekiranya di tanya tidak ada seorang pun yang suka mempunyai jerawat
terutamanya di bahagian muka. Kalau boleh, muka hendaklah sentiasa licin. Siapa
yang tidak mahu nampak cantik terutamanya orang perempuan. Orang lelaki pun
tidak kurangnya ingin sentiasa kelihatan hensem tanpa jerawat. Oleh kerana
ingin mengelak daripada adanya jerawat, sesetengah mereka tidak sabar sehingga
mengambil keputusan untuk mengupas atau mencungkil jerawat tersebut dan
akhirnya meninggalkan kesan parut jerawat atau bintik hitam dimuka. Niat nak
hilangkan jerawat tetapi makin teruk jadinya sehingga nampak parut atau bekas
jerawat.
Sebab itu, kita hendaklah tahu bagaimana cara
hendak menghilangkan jerawat dengan mudah dan berkesan tanpa meninggalkan
kesan parut jerawat di muka. Di sini, ingin saya berkongsi 3 cara yang berbeza
untuk menghilangkan jerawat.
1)
Menghilangkan Jerawat Menggunakan Sumber Alam (Kaedah
Tradisional)
Kaedah tradisional ini antara
kaedah yang popular yang banyak di amalkan untuk menghilangkan jerawat. Selain
itu kaedah tradisional ini tidak melibatkan kos yang besar dan sumbernya boleh
di dapati di mana-mana sahaja.
Di antaranya adalah dengan
menggunakan lidah buaya di mana lidah buaya itu dikupas kulitnya dan disapukan
di bahagian muka yang berjerawat pada setiap pagi dan petang. Selain
menggunakan lidah buaya, lemon atau jeruk nipis yang di campur dengan air
mawar. Lemon, jeruk nipis ini didapati sangat kaya dengan citric asid yang
berkesan untuk memulihkan sel-sel kulit mat yang menyebabkan jerawat.
Selain menggunakan
tumbuh-tumbuhan, putih telur juga boleh di gunakan untuk menghilangkan jerawat.
Putih telur ini amat berkesan untuk membantu mengurangkan minyak di wajah yang
seringkali menyebabkan timbulnya jerawat.
2)
Menghilangkan Jerawat Dengan Menggunakan Bahan Kimia
(Kaedah Moden)
Penggunaan bahan kimia juga
didapati dapat membantu menghilangkan jerawat di muka. Ini kerana salah satu
cara untuk memastikan supaya jerawat itu tidak muncul kembali adalah dengan
membunuh kuman-kuman yang menyebabkan jerawat.
Di antara bahan-bahan kimia yang
selalu digunakan untuk merawati jerawat adalah seperti krim jerawat yang biasa
di dapati di pasaran seperti Benzoyl Peroxide. Fungsi Benzoyl Peroxide ini
adalah untuk membunuh kuman dan menghilangkan kesan jerawat. Penggunaan krim
seperti ini hanya berkesan sekiranya digunakan secara konsisten.
Selain Benzoyl Peroxide, kaedah
moden yang boleh di amalkan untuk menghilangkan jerawat adalah dengan
menggunaka Accutane. Accutane ini merupakan pil yang sangat kuat dan biasanya
di gunakan untuk merawat jerawat batu yang meninggalkan kesan parut atau jerawat
yang di dapat dirawat dengan cara yang lain. Namun begitu, penggunaan Accutane
ini hanya boleh digunakan atau didapati setelah merujuk dan mendapat nasihat doktor.
3)
Menghilangkan Jerawat Dengan Mengamalkan Cara Hidup Yang Sihat
Pengamalan cara hidup yang sihat
juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan atau menghilangkan
jerawat.Cara ini sangat berkesan kerana
amat mudah dilakukan namun memerlukan disiplin dan konsisten dalam
melakukannya. Sekiranya seorang itu merasa malas dan tidak berdisiplin maka
kaedah ini tidak berkesan.
Tidur yang cukup merupakan salah
satu pengamalan cara hidup yang sihat.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, kulit kita juga memerlukan rehat
yang cukup maka tidur yang cukup dan teratur akan membantu kulit itu
beregenerasi dan membuang racun-racun yang berbahaya sehingga saat kita bangun
pada keesokan harinya dan kulit akan menjadi lebih segar.
Selain tidur yang cukup,
mengamalkan makanan seperti sayuran dan buah-buahan juga dapat membantu
menghilangkan jerawat. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi
banyak vitamin yang menyihatkan kulit. Pengambilan makanan yang mengandungi
Vitamin E terutamanya sangat membantu mencegah atau menghilangkan jerawat.
Terdapat banyak lagi kaedah-kaedah yang lain yang dapat
digunakan untuk menghilangkan jerawat dan sekaligus membantu mencegah jerawat
daripada tumbuh kembali. Anda boleh memilih salah satu cara yang anda rasakan
sesuai untuk anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kita juga boleh
mempelajari kaedah atau cara menghilangkan jerawat melalui nasihat pakar atau doktor
kulit yang lebih arif dalam menghilangkan jerawat dengan berkesan. Sila Klik Di Sini untuk mengetahui lebih lanjut atau melawati laman web Dr Hasseenah => http://bitly.com/DrHasseenah